Wednesday 1 February 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Pada 10/02/2012 (Jumaat) bersamaan dengan 17 Rabiulawwal, sekolah ini telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul.

Majlis ini diadakan adalah untuk memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diserikan dengan alunan Selawat Nabi dan nasyid oleh semua kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar.

Pelajar-pelajar sedang kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ust. Husaini B. Arshad.


Majlis yang diadakan pada sebelah petang.

Pelajar-pelajar sedang berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.