Thursday 17 April 2014

Program Amal Islami (JAIS) 2014

Pada 12hb. April 2014 (Sabtu), sekolah ini telah mengantar seramai 29 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Amal Islami yang dianjurkan oleh JAIS.

Pelbagai acara telah dipertandingkan pada hari tersebut. Tetapi sekolah ini telah memilih 06 acara iaitu :

* Tahap 1 :
  • Hafazan & Terjemahan ( P )
  • Menulis Khat ( L )
  • Menulis Khat ( P )
  • Bercerita Dari Al-Quran ( L )
  • Bercerita Dari Al-Quran ( P )
  • Azan ( L ) 
* Tahap 2 :
  • Hafazan & Tafsiran ( P )
  • Menulis Khat ( L )
  • Menulis Khat ( P )
  • Nasyid ( L )
  • Nasyid ( P )






Tuesday 7 January 2014

Majlis Penyampaian Hadiah & Anugerah Kecemerlangan 2013

Pada 17 November 2013 (Ahad) bersamaan 13 Muharram 1435, sekolah ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlagan. Majlis ini telah diadakan di Dataran Glomac, Sek. Keb. Saujana Utama.

Majlis ini bermula pada 2.30 petang dengan dihadiri oleh para ibubapa dan pelajar-pelajar di sekolah ini.
Majlis ini dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Ilham. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang.
Pada tahun 2013, tiga orang pelajar daripada Tahun 6 telah mendapat Mumtaz didalam Peperiksaan PSRA baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang tersebut. Pihak sekolah berdoa semoga pelajar-pelajar ini akan lebih berjaya di masa hadapan.

Pelbagai persembahan turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini seperti Lagu Sekolah, Qasidah, Nasyid Tahun 3 dan Sajak Tahun 6. Majlis ini berakhir dengan Penyampaian Anugerah untuk semua guru dan kakitangan sekolah pada pukul 5.30 petang.
















Bacaan Al-Quran














Persembahan Lagu Sekolah















Persembahan Nasyid




































Penyampaian Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang

























Penyampaian Hadiah Kepada Tokoh Pelajar Lelaki & Perempuan












































Barisan Kakitangan yang menjayakan Majlis pada tahun ini. Terima kasih...


 Sekian, terima kasih kerana sudi melayari blog ini.....

Wednesday 23 January 2013

KECEMERLANGAN PSRA DAN UPKK 2012

Alhamdullilah....

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana calon-calon PSRA kerana telah mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun 2012 baru-baru ini. Seramai 5 orang calon telah mendapat Mumtaz.
Bagi calon-calon UPKK pula, tahniah diucapkan kerana telah mendapat 100% lulus bagi semua matapelajaran dan 54 orang mendapat 8A pada tahun ini...

Kejayaan ini adalah kerana kegigihan semua guru yang terlibat dan kesungguhan semua calon peperiksaan di dalam meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah ini.

Dengan meraikan kejayaan tersebut, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan.

 
Meja Pendaftaran
 
Ustaz Adnan dan Ustazah Syarifah
 
Ustazah Norliza dan Ustaz Nizam (selaku Pengerusi Majlis)
 
 
 
 
Bacaan Doa daripada Ustaz Husaini
 
Majlis dibuka dengan alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran
yang disampaikan oleh Arief Khalili ( Pelajar Tahun 6 )
 
Kata alu-aluan daripada Ustaz Adnan (Guru Besar)
 
Ucapan perasmian oleh Al-Fadhil Tuan Kahpi B. Ngiso
(Penolong Pegawai Tadbir Agama, Bahagian Pendidikan JAIS)
 
Cenderahati diberikan kepada Al-Fadhil Tuan Khapi diatas kesudian beliau merasmikan Majlis Penyampaian Kecemerlangan pada tahun ini. 

 
 
Sebahagian pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.
 
Persembahan alunan azan yang memukau daripada pelajar Tahun 6.
 
 
 
Untuk memeriahkan lagi majlis ini, Cabutan Bertuah turut diadakan yang melibatkan kakitangan sekolah dan ibubapa.
 
 
 
 
 
 
Al-Fadhil Tuan Kahpi membantu ibu Iman Zulhakim B. Mohamad Dzain menyarungkan sekalung penghargaan kepada pelajar tersebut yang dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Lelaki 2012.
 
 
Auni Nabilah Bt. Ahmad Bakhory, dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Perempuan 2012. Tahniah diucapkan kepada beliau.
 
 
Persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar Tahap 2 menutup tirai pada kali ini.
 
Alunan lunak persembahan nasyid kali ini dibawah bimbingan Ustaz Fatah.
 
** Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada kali ini....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 


Wednesday 1 February 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Pada 10/02/2012 (Jumaat) bersamaan dengan 17 Rabiulawwal, sekolah ini telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul.

Majlis ini diadakan adalah untuk memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diserikan dengan alunan Selawat Nabi dan nasyid oleh semua kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar.

Pelajar-pelajar sedang kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ust. Husaini B. Arshad.


Majlis yang diadakan pada sebelah petang.

Pelajar-pelajar sedang berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.