Thursday 31 March 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Penglibatan semua Kakitangan dan pelajar-pelajar sekolah ini memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada 15hb Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal baru-baru ini.
Kemeriahan dapat dirasa dengan pakaian pelajar-pelajar yang bewarna-warni dan perarakan disekitar bangunan-bangunan berdekatan.






Cafe Az-Zuhdi, Kismis Minda Az-Zuhdi & Air Minuman Syifa Al Huffaz

Harga
RM 14.00 ( s/m)
RM 16.00 ( s/s )
untuk Tempahan
Hubungi Ust. Adnan B. Hamid (019-528 1740)

Cafe Az-Zuhdi ini diadun dengan Ramuan Herba Tradisi Islam
*Mengandungi bahan-bahan: Habbatus Sauda', Kismis, Gadoderma, Madu Lebah, Badam dan Tongkat Ali, Krimer dan Gula.

Harga
RM 1.00 ( s/m)
RM 2.00 ( s/s )
Kismis Minda Az-Zuhdi ini adalah makanan khasiat untuk seisi keluarga.
*Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering. 
Ayat-ayat yang dibacakan:
Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah, Surah Ali-Imran, 
Surah Al-Araf, Surah Al-Mukmin, Surah Jin, Surah As-Soffat, 
Surah Al-Hasyar, Surah Al-Kafirun, Surah Al-Ikhlas,
Surah Al-Falaq, Surah An-Nas dan Solawat.


Harga
RM 2.00 ( s/m)
RM 3.00 ( s/s )

Air minuman Syifa Al Huffaz ini sesuai untuk semua golongan
dan telah dibaca dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran dan
Doa-Doa Syifa. 

Lagu Tema : Sekolah Rendah Islam Omar Zuhdi

Wednesday 30 March 2011

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM OMAR ZUHDI

Jumlah penduduk Islam mengikut bilangan rumah yang diduduki oleh penduduk Islam di Saujana Utama telah meningkat sehingga akhir tahun 2006 adalah lebih kurang seramai 11, 500 orang. Berdasarkan kepada jumlah tersebut bermakna bilangan murid-murid Islam meningkat bagi mengikuti program kelas-kelas agama terutamanya di KAFA Integrasi di kawasan Saujana Utama. Oleh kerana kemasukan atau pendaftaran di KAFA tidak dapat menampung pelajar-pelajar baru, maka dibimbangi anak-anak tersebut akan tercicir daripada didikan agama. Atas sebab itulah, Sekolah Rendah Islam Omar Zuhdi ditubuhkan bagi mendidik pelajar-pelajar ini tentang agama dan Fardhu Ain. Di sekolah ini juga terdapat pembelajaran daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Dengan didikan yang diberikan di Sekolah Rendah Islam Omar Zuhdi ini, semoga pelajar-pelajar ini menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Inshallah...

Nama Omar Zuhdi adalah diambil daripada nama Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Beliau adalah pengasas di Pondok Banggul Berangan, Lanai, Baling Kedah.
Guru Besar di sekolah ini (Ustaz Adnan Bin Hamid) adalah salah seorang anak murid beliau yang dilahirkan di pondok tersebut.

Pada tahun 2004 hingga 2007, sekolah ini mula beroperasi di Tadika Didikku Sayang, No 26, Jalan Lili 4, Saujana Utama. Bermula daripada 30 orang pelajar, kini bilangan pelajar hampir mencecah 1000 orang. Setelah mendapat kelulusan daripada JAIS, sekolah ini berpindah pula ke Rumah Kedai yang disewa oleh sekolah bagi menampung bilangan pelajarnya yang semakin ramai.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah merancang untuk mendirikan sebuah bangunan sendiri yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pembelajaran.

Pihak sekolah sangat mengalu-alukan sumbangan daripada pembaca yang berhasrat untuk memberikan sumbangan.

"BERSAMA MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN YANG UNGGUL"
"BERILMU, BERAMAL, BERTAQWA"

**Sesiapa yang berhasrat menyalurkan bantuan, bolehlah disalurkan ke:-
  • Akaun CIMB Bank Islamic
  • Akaun No: 12250000311105
  • Atas Nama : Sekolah Rendah Islam Omar Zuhdi