Tuesday 22 November 2011

Majlis Penyampaian Hadiah & Anugerah Kecemerlangan 2011

 Pada 21hb. November 2011 (Ahad), Sek. Ren. Islam Omar Zuhdi telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah & Anugerah Kecemerlangan bagi pelajar-pelajar cemerlangan serta kakitangan di sekolah ini.

Majlis tersebut telah bermula pada pukul7.45 pagi dengan ketibaan para tetamu.

Pada 8.00 pagi, ketibaan Al-Fadhil Tuan Kahfi B. Ngiso, Penolong Pegawai Tadbir Agama (Pendidikan) Daerah Kuala Selangor dengan disambut oleh Ust. Husaini B. Arshad (selaku Pengarah Program).
Pada 8.15 pagi, ucapan aluan daripada pengerusi majlis (Ust. Mohd Affendi B. Abd. Rashid d & Ustz. Norliza Bt. Ibrahim Kamal).
Pada 8.45 pagi, ucapan aluan daripada Ustz. Adnan B. Hamid (Guru Besar).

Pada 9.15 pagi, ucapan perasmian oleh Al-Fadhil Tuan Kahfi B. Ngiso.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada pelajar perempuan Tahun 6.

Persembahan sajak yang hebat daripada tiga orang pelajar perempuan Tahun 6.
Untuk kecemerlangan pelajar-pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5, anugerah tersebut telah disampaikan ole Ust. Adnan dan Ustz. Syarifah.  Majlis ini juga telah meraikan kakitangan di sekolah ini yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan berdedikasi.

Ustz Nik Hamidah Bt. Nik Abdullah telah dianugerah sebagai Guru Mithali 2011.

Ust. Mohd Affendi B. Abd Rashid telah dianugerahkan sebagai Ketua Guru Cemerlang 2011.

Ustz. Siti Fatimah Bt. Zakaria telah dianugerahkan dengan Anugerah Khas.

Cik Nurul Shaliza Munirah Bt. Md Saberi telah dianugerahkan sebagai Pekerja Cemerlang 2011

Persembahan alunan Azan daripada pelajar lelaki.

Persembahan nasyid yang bertenaga daripada pelajar-pelajar lelaki


Tokoh Pelajar Lelaki 2011
(Aminul Firdaus B. Ahmad Fahkruddin)

Tokoh Pelajar Perempuan
(Anis Sorfina Bt. Mohd Fadzil)


Senarai Pelajar-pelajar Muntaz PSRA 2011 :
  1. Anis Sorfina Bt. Mohd Fadzil
  2. Arissa Najmi Bt. Khuzaimah
  3. Nur Ain Najwa Bt. Sahrul Rizal
  4. Nurul Zatilhalimah Bt. Rosli
  5. Aina Sofia Bt. Mohd Faisal
  6. Nurul Aliya Syaffa Bt. Marzuki
  7. Nurdhia Kamaliah Bt. Hamidon
  8. Wan Nur Afifah Bt. Wan Azmari Sham
  9. Nur Farah Azimah Bt. Fadil
  10. Aminul Firdaus B. Ahmad Fakhruddin






 





Cenderahati diberikan kepada Al-Fadhil Tuan Kahfi B. Ngiso diatas kesudian beliau merasmikan majlis tersebut.



Majlis bersurai pada pukul 11.30 pagi.

  Pihak sekolah ini merakamkan ucapan ribuaan terima kasih dan sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada :-
  • Al-Fadhil Tuan Kahfi B. Ngiso (Pen. Pegawai Tadbir Agama (Pendidikan) Daerah K. Selangor
  • En. Mohd Ehsan B. Ahmad (Guru Besar Sek. Keb. Saujana Utama)
  • Semua Guru dan Kakitangan Sek. Ren. Islam Omar Zuhdi
  • Semua pelajar Sek. Ren. Islam Omar Zuhdi, ibu bapa dan orang perseorangan yang telah menyumpangkan tenaga dan buah fikiran serta kewangan secara langsung atau tidak langsung yang telah menjayakan majlis tersebut.


Friday 18 November 2011

Majlis Khatam Al-Quran & Perpisahan Pelajar-Pelajar Tahun 6

 Pada 04hb. November 2011 (Jumaat), Sek. Ren. Islam Omar Zuhdi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Perpisahan untuk pelajar-pelajar Tahun 6.

Majlis ini disertai oleh lebih kurang 100 orang pelajar.

Ucapan Pembukaan oleh Ust. Adnan B. Hamid (Guru Besar)


Ucapan daripada Ustz. Syarifah Bt. Omar (Pen. Guru Besar)
 Ucapan daripada Ust. Mohd Affendi B. Abd Rashid (Ketua Guru)
 daripada Seterusnya ucapan daripada Ustz. Nik Hamidah Bt. Nik Abdullah
(Pen. Ketua Guru / HEM)








Bacaan Doa Khatam Al-Quran oleh
Ust. Zulkifle B. Md. Arshad

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah dan Sijil Penyertaan kepada pelajar-pelajar.