Wednesday 12 October 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2012

Pendaftaran Pelajar Baru bagi Sesi 2012 telah dibuka sekarang. Bagi tuan/puan yang berminat untuk menghantar anak-anak tuan/puan di sekolah ini bolehlah membuat pendaftaran di pejabat sekolah ini sepertimana berikut:

Waktu Operasi Pejabat :
  • 8.00 pagi - 11.00 pagi (Sesi Pagi)
  • 2.45 petang - 5.45 petang (Sesi Petang)
Pendaftaran ini dibuka untuk pelajar-pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6.

Ketika pendaftaran dibuat, tuan/puan hendaklah menyediakan sepertimana perkara dibawah ini:
  • 1 Salinan Surat Beranak (untuk Pelajar Tahun 1, 2, 3 & 4)
  • 2 Salinan Surat Beranak (untuk Pelajar Tahun 5 & 6)
 Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah ini:
  • Sekolah Rendah Islam (Tahun 1 hingga Tahun 6)
  • Transit
  • Transport (Pengangkutan pergi dan balik di kawasan yang berdekatan)
  • Koperasi Sekolah (Menjual peralatan tulis)
Sila hubungi nombor telefon seperti yang tertera di blog ini sekiranya tuan/puan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan perkara tersebut.