Wednesday 23 January 2013

KECEMERLANGAN PSRA DAN UPKK 2012

Alhamdullilah....

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana calon-calon PSRA kerana telah mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun 2012 baru-baru ini. Seramai 5 orang calon telah mendapat Mumtaz.
Bagi calon-calon UPKK pula, tahniah diucapkan kerana telah mendapat 100% lulus bagi semua matapelajaran dan 54 orang mendapat 8A pada tahun ini...

Kejayaan ini adalah kerana kegigihan semua guru yang terlibat dan kesungguhan semua calon peperiksaan di dalam meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah ini.

Dengan meraikan kejayaan tersebut, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan.

 
Meja Pendaftaran
 
Ustaz Adnan dan Ustazah Syarifah
 
Ustazah Norliza dan Ustaz Nizam (selaku Pengerusi Majlis)
 
 
 
 
Bacaan Doa daripada Ustaz Husaini
 
Majlis dibuka dengan alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran
yang disampaikan oleh Arief Khalili ( Pelajar Tahun 6 )
 
Kata alu-aluan daripada Ustaz Adnan (Guru Besar)
 
Ucapan perasmian oleh Al-Fadhil Tuan Kahpi B. Ngiso
(Penolong Pegawai Tadbir Agama, Bahagian Pendidikan JAIS)
 
Cenderahati diberikan kepada Al-Fadhil Tuan Khapi diatas kesudian beliau merasmikan Majlis Penyampaian Kecemerlangan pada tahun ini. 

 
 
Sebahagian pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.
 
Persembahan alunan azan yang memukau daripada pelajar Tahun 6.
 
 
 
Untuk memeriahkan lagi majlis ini, Cabutan Bertuah turut diadakan yang melibatkan kakitangan sekolah dan ibubapa.
 
 
 
 
 
 
Al-Fadhil Tuan Kahpi membantu ibu Iman Zulhakim B. Mohamad Dzain menyarungkan sekalung penghargaan kepada pelajar tersebut yang dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Lelaki 2012.
 
 
Auni Nabilah Bt. Ahmad Bakhory, dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Perempuan 2012. Tahniah diucapkan kepada beliau.
 
 
Persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar Tahap 2 menutup tirai pada kali ini.
 
Alunan lunak persembahan nasyid kali ini dibawah bimbingan Ustaz Fatah.
 
** Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada kali ini....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment